INFO KORPORAT



PENDAHULUAN

Ibadah Haji dan Umrah adalah merupakan suatu ibadah yang sangat besar dan menjadi rukun kesempurnaan Islamnya seseorang itu. Sungguh pun demikian ramai dikalangan umat islam yang menganggap bahawa ibadah ini boleh ditangguhkan sehingga usia pencen . Pelbagai alasan diberikan antara lain:-

1.Tidak mendapat ingatan,dorongan, motivasi dan galakan dari sesiapa  untuk melaksanakan ibadah ini 

2.Banyak tanggungan dan tanggungjawab yang belum diselesaikan. Beranggapan bahawa ia boleh ditangguhkan dan banyak masa lagi untuk memikirkannya

3.Tiada kewangan yang mencukupi

Justeru kami, di Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) mengambil peranan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk sama-sama ingat-memperingatkan tentang kepentingan mendahulukan ibadah ini daripada urusan dunia yang lain dalam konsep Silaturrahim, Berjamaah & Khusu’ (SBK).

LATARBELAKANG SYARIKAT
Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) ditubuhkan dibawah Agensi Pelancongan MARLI (Mutawwif Academy Resources Leisure International) khusus untuk menjadi satu platform latihan bagi melahirkan seramai mungkin professional Islam yang berkerjaya sebagai Wakil, Konsultan dan Mutawwif Haji dan Umrah, dalam masa yang sama menjadikan ianya suatu kerjaya dengan jaminan kerja 100% bersama kami. AMTC  diterajui oleh professional Islam yang berwibawa serta berpengalaman lebih darpada 15 tahun dalam bidang pengurusan Umrah dan Haji.
VISI
AMTC menyediakan satu platform latihan untuk melahirkan seramai mungkin dikalangan umat Islam mereka yang bergelar WAKIL, KONSULTAN & MUTAWWIF Umrah & Haji yang professional. Dalam masa yang sama menjadikan ianya satu kerjaya dengan jaminan kerja 100% bersama kami.

MISI
·        Menyediakan platform kerjaya kepada umat Islam.
·        Mengajak umat Islam untuk melaksanakan Ibadah umrah / Haji.
·        Meningkatkan taraf hidup keluarga.
·        Memudahkan jalan untuk menunaikan Umrah / Haji dalam usia muda.
·        Menjadi pengeluar Zakat Pendapatan yang utama.
·        Membantu fakir miskin terutama ahli keluarga yang susah.
·   Menegakkan syiar Islam yang suci dalam konsep Ibadah, Usaha, Silaturahim dan Syiar.

ASAS
1. Al-Quran
Firman Allah dalam Sural Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Bertolong tolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan”

2. Maksud Hadis
“Sesungguhnya Allah sentiasa member pertolongan kepada hambanya selagi mana hamba itu melindungi dan membantu saudaranya yang lain”

MOTTO
”Solusi Menuju Baitullah”

TEMPAT:

Ibu Pejabat Kajang
Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC)
WISMA AMTC (sederet dengan Pasaraya SpeedMart99)No 9A & 9B Jalan Saga Emas 8A,Taman Saga Emas43000 Kajang Selangor


MASA:
Setiap Sabtu
8.58 malam - 10.45 malam
 - Sekarang dibuka untuk pendaftaran prebiu -
- Masuk Percuma -

HUBUNGI SAYA UNTUK PENDAFTARAN PERCUMA PREBIU
MUSTAFA HAJI ISKANDAR 016-2599813

PELUANG KERJAYA


KATEGORI WAKIL
Terdapat tiga kategori ejen/wakil dalam program kerjaya di AMTC iaitu Wakil, Konsultan dan Mutawwif.

1. Wakil
AMTC membuka peluang kepada semua umat Islam yang berminat untuk menjadi wakil syarikat bagi mempromosikan pakej Umrah yang ditawarkan oleh MARLI Travel & Tours Sdn. Bhd. Pakej Wakil adalah seperti berikut:-

a. Pakej Raudhah (RM100.00)
b. Pakej Ka’abah (RM1,700.00)

Keistimewaan Setiap Pakej Wakil

a. Pakej Raudhah (RM100.00)
bullet
Layak menjadi Wakil Raudhah syarikat AMTC
bullet
Layak untuk menghadiri Kursus S.B.K. (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’) selama setengah hari
bullet
Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
bullet
Ujrah/komisyen untuk setiap Wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20
bullet
Ujrah/komisyen untuk setiap wakil yang diperkenalkan yang membayar pakej Ka’abah RM1,700
atau Pakej Umrah Kembara Sufi ialah RM200.

b. Pakej Ka’abah (RM1,700.00)
bullet
Layak menjadi Wakil Kaabah syarikat AMTC
bullet
Layak untuk mendapat perlindungan takaful kemalangan P.A (Personal Accident Takaful) bernilai RM20,000 untuk tahun pertama sahaja (untuk tahun yang berikutnya, wakil mempunyai pilihan bayaran sendiri samada ingin meneruskan sendiri atau tidak)
bullet
Mendapat Baucer bernilai RM100 untuk menghadiri kursus Konsultan
bullet
Berpeluang menjadi Konsultan & Mutawwif untuk Umrah Kembara Sufi
bullet
Layak untuk menghadiri Kursus S.B.K. (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’) selama setengah hari
bullet
Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
bullet
Ujrah untuk setiap Wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20
bullet
Ujrah untuk setiap Wakil Kaabah yang diperkenalkan ialah RM700
bullet
Ujrah untuk setiap pendaftaran tunai pakej Kembara Sufi Eksklusif RM6,500 ialah RM700.

2. Konsultan
Syarat untuk menjadi Konsultan AMTC ialah telah membayar yuran sebagai Wakil Kaabah sebanyak RM1,700 dan telah menghadiri Kursus SBK. Bagi yang telah membayar RM100 untuk Wakil Raudhah, mereka hanya perlu menambah baki lagi RM1,600 (tiada tempoh had masa) untuk melayakkan diri sebagai Konsultan.
Selepas menghadiri Kursus SBK, mereka perlu mengikuti Kursus Konsultan untuk melayakkan mereka mendapat keistimewaan sebagai Konsultan.

Keistimewaan Sebagai Konsultan

bullet
Kursus Konsultan Untuk 1 Hari (Teori & Praktikal)
bullet
Baju Korporat AMTC
bullet
Kad Perniagaan
bullet
Kad Kuasa
bullet
bullet
Insentif Konsultan Sebanyak RM200 Setiap Satu Kes (apabila membantu Wakil membuat jualan)
bullet
Layak Membuka Preview Centre
bullet
Berpeluang Membuka Service Centre
bullet
Bimbingan dan Tunjuk-Ajar Berterusan Dari AMTC
bullet
Nama dan Gambar Anda Akan Diiklankan Dalam Website AMTC
bullet
Sijil Tamat Latihan Kursus





3. Mutawwif

Kelayakan seorang Mutawwif ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat, serta perlu menghadiri Kursus Mutawwif yang dianjurkan oleh Syarikat.


Syarat-syarat asas yang diperlukan ialah:-

bullet
Asas Bahasa Arab yang baik
bullet
Kebolehan dalam kepimpinan dan pengurusan jemaah
bullet
Mahir dalam aspek sejarah khususnya hal berkaitan ibadah Umrah/ Haji

Hikmah dan Pelajaran dari Haji serta Umrah


Pentingnyanya mengetahui kepentingan dan kedudukan setiap amal. 'Ilmu tentang fadhilat dan hikmah sebagai penggalak dan sumber untuk mengikhlaskan niat. 4 Keyakinan tentang pahala yang akan diperolehi memudakan pengorbanan dalam sifat pembelanjaan dan mengadap ujian. Kedudukan Ka'bah disisi Allah akan bangitkan kerinduan untuk menziarahinya yang mana ia adalah rumah Allah yang teragung.
Allah telah mensyariatkan pelbagai syariat untuk hamba-hamba-Nya. Dijelaskan kepada mereka segala hukum untuk memenuhi kepentingan jangka pendek dan jangka panjang dalam urusan keagamaan dan keduniaan mereka. Al-Quran yang mulia telah menyatakan perkara ini sewaktu menyebutkan tentang haji yang membawa kepada wujudnya manfaat dan kepentingan bagi manusia. Firman Allah Taala:


"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) ; dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang fakir miskin". (Surah Al-Hajj: 28)

Ibnu Abbas r.a. berkata sewaktu mentafsirkan ayat ini: "Ia adalah manfaat dunia dan akhirat, manfaat akhirat ialah keredhaan Allah Taala. Manfaat dunia ialah apa yang mereka perolehi iaitu unta, sembelihan dan perniagaan".

Pada hakikatnya, kalau kita mahu menghuraikan lagi kata-kata Ibnu Abbas dan menghitung manfaat agama dan dunia yang telah dinyatakan oleh al-Quran, maka kita akan dapati pelbagai manfaat, antaranya:


Pertama: Perhimpunan orang-orang Islam. Ketahuilah bahawa agama ini tertegak di atas kesatuan dan kasih sayang sesama muslim. Oleh itu Allah Taala menjadikan kebanyakan ibadat yang disyariatkan sebagai cara untuk mewujudkan pertemuan antara mereka; Dijadikan pertemuan yang berulang-ulang lima kali sehari di peringkat satu kampung dalam satu bandar dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang berjemaah. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang sekali seminggu di peringkat satu bandar, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang Jumaat. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang setahun sekali di peringkat antarabangsa, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan haji ke Baitullahil Haram.

Kedua: Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti. Dalam masalah ini, perbezaan bahasa dan sempadan negara tidak memberikan kesan. Sebaik-baik cara dan tempat untuk menghidupkan pertemuan ini ialah di 5 sekeliling Baitullah; mereka melakukan doa yang satu untuk Tuhan yang satu ke arah yang satu.


Ketiga: Mengikat seluruh umat Islam dari seluruh dunia dengan Makkah alMukarramah; tempat terbitnya Islam dan daripadanya berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam untuk menjadi lambang kesatuan dan mengukuhkan pegangan mereka walau bagaimana jauhnya negeri mereka.


Keempat: Menjadi salah satu lambang persamaan sesama muslim (orang Islam). Dengannya, pelbagai faktor yang membezakan sesama manusia dan menyebabkan mereka bermegah dalam berpakaian dan tempat tinggal tunduk melutut. Ketika tawaf dan Saíe, orang kaya hampir tidak kelihatan dan orang fakir tidak dikenali, tuan sama dengan hamba, khadam sama dengan tuannya... dan semua berada dalam suasana limpahan rohani yang satu iaitu keinginan mendekati Allah dan memperolehi keredhaan-Nya. Inilah suasana yang cukup indah yang mengingatkan kepada permulaan manusia berada di dunia; sewaktu keluar dari perut ibu. Semuanya dalam keadaan yang sama, tiada beza di antara mereka. Ia juga mengingatkan kepada hari akhirat; sewaktu manusia berdiri di hadapan Allah dalam keadaan berkaki ayam dan telanjang tanpa ada pangkat dan keturunan.


Kelima: Haji merupakan sebesar-besar peringatan yang mengingatkan muslimin (orang-orang Islam) kepada keadaan bapa-bapa mereka dan para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Setiap tempat ditunaikan haji mempunyai ikatan yang rapat dengan peristiwa yang mencetuskan banyak ingatan dalam diri jemaah haji. Di sisi Baitullah menjelmalah dalam pemikiran seorang mukmin Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedang membina Baitullah dan menjelmalah gambaran Nabi s.a.w. sedang mencium Hajarul Aswad dan menjatuhkan berhala-berhala yang tersungkur dalam keadaan yang terhina. Di As Safa dan Al Marwah seorang muslim mengingati Hajar a.s. yang berlari di antara keduanya untuk mencari air bagi anaknya Ismail.


Keenam: Manfaat tambahan kepada semua ini ialah rezeki yang diperolehi oleh orang-orang fakir di negeri itu pada musim yang mulia ini; rezeki yang mencukupkan keperluan mereka selama setahun sebagai memenuhi seruan Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Baginda berdoa:

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian zuriat keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya di sisi rumah-Mu di Tanah Haram (Makkah). Wahai Tuhan kami, (yang demikian) supaya mereka mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur". (Surah Ibrahim: 37)


Ketujuh: Haji adalah tarbiah bagi jasad untuk hidup dalam keadaan susah, -nemikul keperitan dan sabar terhadap perkara yang tidak disukai. Juga mentarbiah akhlak untuk merendah diri, bertolak ansur, pergaulan yang baik dan saling memaafkan. Mentarbiah jiwa untuk berkorban, berusaha, bersedekah dan berbuat baik. Mentarbiah perasaan supaya berada dalam keadaan suci dan muraqabah Allah.

Firman Allah:
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat 6 mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al Baqarah:197).


Kelapan: Tinggalkan tanah air dan keluarga mengingkatkan tentang maut apabila segala ditinggalkan olek simati; ihram dan mandi untuknya meningatkat tentang mandi mayat dan kafan; tawaf keliling ka'bah saperti ibadat malaikat yang tawaf keliling árasy Allah; dalam keadaan saperti anak yang mengelilingi ibu supaya didokongnya hamba Allah mangharapkan di terima dan diredhai oleh Allah; Maqam Ibrahim mengingatkan tentang balasan bagi ketataan kepada Allah.

PENGERTIAN UMRAH



Makna Umrah.

Umrah dari sudut bahasa ialah ziarah. Apabila dkatakan; Si fulan melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah. Atau maksudnya, pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.


Beza Di Antara Haji dan Umrah

Haji berbeza dengan umrah dari sudut masa dan beberapa hukum. Dari sudut masa haji ditentukan pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain dan tidak sah niat haji kecuali pada bulan tersebut. Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh pertama bulan Zulhijah. Manakala umrah, masa melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya. Dari sudut hukum, haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Di dalam umrah, semua ini tidak ada.. Ia hanyalah: Niat, tawaf, melakukan sa’ ie dan bercukur ataupun bergunting sahaja. Dari sudut lain, berlaku ijmak ulama' terhadap kewajipan menunaikan haji, manakala umrah, para ulama' berselisih pendapat tentang kewajipannya.


Masa Disyariatkan


Mungkin pendapat yang paling kuat mengenai bilakah  haji dan umrah mula disyariatkan ialah tahun kesembilan hijrah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh as-Syaikhan (Al Bukhari dan Muslim):
Nabi s.a.w. bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al- Qais yang datang menemui Baginda s.a.w. pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanyakan tentang perintah- perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda menjawab:
"Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang".

Sekiranya haji difardhukan sebelum itu, nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama-sama perintah yang ditujukan kepada mereka.